Thursday, February 10, 2011

Pantai

pantai tok jembal 9.2.11

assalamualikum....
alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya kita semua masih lagi boleh bernafas sehingga hari ini...boleh menghirup udara segara....boleh jumpa orang yang tersayang...alhamdulillah...
selawat dan salam juga keatas Nabi muhammad s.w.t yang banyak berkorban demi kita semua...

seperti gambar yang terpampar topic hari ini adalah berkaitan dengan pantai...

PANTAI.....
cantikkan pantai..subhanallah....maha suci Allah yang menciptakan segalanye...

erm...ape la  yang anda pk bila org sebut tentang pantai?.....
tempat yg menarik?
 Tempat couple2 berdating bila kelapangan waktu?


ketahuilah wahai sahabat sekelian....Allah menciptakan pantai untuk kita mentadabur alam..untuk kita sedar bahawa akan kekuasaanNya....

bukannya tempat untuk kita membuat maksiat...ketahuilah sahabatku sekelian telah Allah telah nyatakan dalam surah 17 ayat 32

''Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

dalam ayat nie jelas Allah nyatakan janganlah kamu menghampiri zina bukannya janganlah kamu berzina...2 ayat yg hampir sama tetapi maksud yg berbeza..
shabat, couple adalah salah 1 cara kita mendekati zina..zina nie banyak jenis...utk tau selajunjutnye leh la baca Cerpen:Untukmu....

 Malulah pada Allah yg sentiasa melihat ape yang kita buat...rasa malulah pada Allah kerana kasih sayangNya kita tidak di serang tsunami ketika sedang berdating dipantai..cuba bayangkan jika kita mati dalam keadaan maksiat? dimana tempat kita? syurga atau neraka? jika neraka..ape yg akan berlaku..

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (4:56)

Ayohla sahabat...bangun dan sedar akan kehadiran Allah yg sentiasa melihat ape yg kita lakukan..
 
"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan." (49:18)


 Hilangkan stress


dipantai juga ramai yg p kerana nk hilangkan stress dan bersiar..tau x kenapa kte rasa bila p pantai rasa tenang..ini kerana di pantai banyak tumbuh-tumbuhan dah haiwan yang bertasbih memuji Allah..subnallah..alhamdulillah..Allahuakbar....sbb itula kita rasa tenang....


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia." surah 13: 28

senang je klu nak hilangkan stress tanpa p mane2 pun..ambil je alquran dan membacanye...insyaAllah hati menjadi  tenang cuz alquran adalah penawar bagi segalanye penyakit..didalam alquran itu ade segalanye....dan jangahla membiarkan sampai alquran itu berbicara..

Pantai dan Alquran
sahabat yg ku sayangi....
didalam alquran telah sebut tentang pantai..iaitu tentang kisah nabi musa masa kecil..seperti yang kita tahu pada waktu itu bayi lelaki akan dibunuh oleh firaun...oleh sebab itu ibu nabi musa mendapat ilham dari Allah supaya menganyutkan nabi musa..
 "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu." ( 20;39)

selain itu pantai juga disebut dalam cerita nabi yunus...iaitu masa nabi yunus ditelan dalam perut ikan nun..

Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit. (37:145)

sekian dahulu...segalanya yg bek datang daripada Allah dan segala yang buruk itu lahir disebabkan dosa2 ana yang banyak..wallahua'lam

Tuesday, February 8, 2011

phenology bunga kaktus....

assalamualaikum....
alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaya kta semua masih lg diberi peluang menghirup oksigen free tanpa 1sen bayaran pun....2 pun dah banyak mengeluh dalam 1 hari..erm..apalah kita ni kan....marilah sama2 kita beristigfar memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yg telah kita lakukan sama ada kta lakukan dalam keadaan kita sedar n sengaja kita lakukan dosa tersebut ataupun dalam keadaan kita xsedar, dosa zahir mahupun dosa batin...sama2 kita tunduk beristigfar kpd Allah s.w.t....astagfirulluh...astagfirullah..astaqfirullah hal azim......
selawat dan salam atas junjungan besar murabi teragung kita nabi Muhammad s.a.w kerana baginda bersusah payah menyebarkan islam kepada kita smua...

arinie nk berkongsi gambar tentang phenoloy bunga kaktus....selama nie xsedarpun cantik jugak bungan kaktus n camne phenolognye hingga sua2 hari Allah menbukakan hati utk mengambil gambar nya..bila kumpul gambar tersebut jdlah susunan phenologynye..subhanallah...antunna leh la tengok sendiri bagaimana Allah menciptakannya...dari kecil-sederhana-besar-berbunga...


1st n 2nd

3rd

finally : dah keluar debunga



nie phenology yg sempat diambil gambar....
nie lak pokok kaktus tu...tinggi sangat...

pokok nie ditaman oleh adikku yg terchenta...semasa bru pindah rumah..benih yg diambil disekolah kami sk Raja Abdullah....

sekian sahaja utk perkongsian..segalanya datang dari Allah s.w.t

Tuesday, February 1, 2011

Sampling Site... Setiu Wetland...

nie plak gambar yg diambil semasa sampling final years projek ana kat setiu wetland...sangat cantik....subhanallah....maha suci Allah yang menciptakan segalanye....

sungai setiu...kt hujung nursery
nie lak kawasan Sonneratia casolaris..kat sini pernah timbula 1001 persoalan dalam diriku...

ketika matahari nk terbenam or terbit , xpasti....
nie lak kat nursery pokok bakau..hasil kerjasam umt n NGO
nie site berhampiran dengan sungai setiu